|
Dah nak raye dah?#
Salam Dunia, Salam Semua, Salam 1 Malaysia ^.^
k, lihat title ;) hari ni dah 20 hari kita berpuasa kan?
Fuyoooo, skejap nya :D tinggal lagi brape hari jaa, minggu dpn da habes puasa.
so korang bole raya sakan la kan? main mercun kan kan? hoho
pastuh, aku boleh la nengok muka kaurang kat berita kalau dah patah tangan ke ape ke main mercun XD haha sorry joke k. tak berniat nak kutok ;P tapeh nnti raya kita mintak maaf k? huhuu .
ce citer, tahun ni kaurang balik kampung kat mana? baju raya warne ape? kasut warne ape? and blablabla. haha. k, untunglah badan kurus.kecik.slim senang pileh baju ;P (tidakadakenamengena)
tengok aku, besok baru beli baju kat kota. maklumlah dalam rumah ny semua nye busy -,- ceh busy lah sangat ;P. hihi sorry mama papa ;D so, suggest la kat aku nak beli baju pattern cemana? huahaha. k aku buta fashion . kahkahkah . selebet kan aku? k jangan kawan dengan aku -,- huhu.**tetibe je
Mak aku belum buat kuih raya lagi T________T mama buat cepat siket k? nina nak tolong -,- tolong makan coklat nye. hoho, nakal kan? memang kena pelempang lah aku buasih tak boleh berak 10hr 10 mlm punya lah! hihi eh jgn buasih pulak nnty raya tak meriah XD <---- see, aku merepek lagi. ah gelak la gelak, konpem aku bagi penyepak ;P ceh ada bran? haha
k, back to the topic ==' pasal apa tadi? oh haaa pasal kuih raya -.- ha, mama buat almond london,tart nenas and macam macam. eh ade budak jakun kan makan almond london pastuh biji yg ade kat dlm tu dia keluarkan -,- serabai bole? haha serupa tapayah makan! jakun sangat takut sangat tertelan biji tuh. aku nampak kau mkn camtu, aku sepak kau! betol kan? ramai yg buat cmtuh. geram je tau.Haaa, yang makan tart nanas tuh, jgn mkn bunga nye aje ! makan nanas nye skali kau paham tak apa itu MEMBAZIR? membazir kan amalan syaitan ha kau nak jadik mcm dia? tanakkan? huahahaha >:D <--- evile doe.Ngee ~
Hm. Dah nak raya ni kan, aku teringat dekat arwah atuk :'( kesian nenek, duduk kat kampung sorang sorang, sahur sorang sorang, puasa sorang sorang, buka puasa sorang sorang, everything dia lakukannye sorang-2 :'( kadang-2, aku balek kampung terus peluk nenek erat erat sambil menitiskan air mata :'I sedih tau bila nengok keadaan nenek aku. Kadang-2 sampai tersasul-2 sebut nama arwah atok aku :'I kesian mak,nenek,makcik,pakcik,and sepupu aku semuaa. tahu ni raya tanpa seseorang yg kami sayang :'( sumpah menyedihkan, perkara yg paling menyedihkan, tahu ni raya pertama aku tak balek kampung Batu Pahat <-- tempat nenek :'| k, tahun ni aku balek kelantan <-- tempat nenek iaitu mak belah ayah :)
mak aku banyak kali ckp nk pegi Batu Pahat time ramadhan ni, tp apakandaya mama busy, papa pun busy, aku ponnnnn ;( bulan ramadhan ni kita tak balik kampung nene belah ibu pon tau, mesty nenek sedih. Tp... mama dah belikan baju raya ntuk nenek cantik tauuu! k, akhir skali . ILOVECHUUUU grandma :') jangan sedih sedih tau, nnti nina dtg nina tolong nenek masak asam pedas. hihi , favv dher ^^
Ni, kesah yang sbelah KELANTAN pulak. Tahun ni cousin aku yg belah klantan tak balek klantan :'( k sedihhhhhhhhh. tak balik sbb raya ketiga dia dah kena buat pembedahan badan >.< ok dia ada penyakit aku tataulah apa nama penyakit dia, yang penting penyakit dia tak boleh nak membesar ==' err cmne nk ckp ek? ha cmni, dia tahun lps SPM tp ketinggian dia tetap sama, adek dia yg baru form2 tu lagi tinggi dari dia. lebih kurang cmtu la kot. huhu. cousin aku ni MALE ==' so bila takde dia, raya tak meriah tanpa mercun-2 yg dia bawak, tanpa kekecohan diaurang mmg tak syioook lah kan? :'< ok, hope pembedahan kau berjaya kay :| tumpang sedih ni, berdo'a lah kau banyak-2 , sama sama lah kita berdo'a kay? Hm,
k, kita tunggu boyprengg kita dari siang sampai sekarang dia tak menjelma :'| kbai . :* ILY. A.S
Mana mak? #
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian,
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
OLDER POST | NEWER POST |
The Little Princess
Hello there earthlings ! You have stepped onto Twinkling star. My name is Nur Amanina. As known as Nina, Ninot and Amenie. Imma sixteen years old girl.Proud to be Malaysian. I am ordinary girl, and I'm not perfect. But I still cute, awesome and peramah.Johorian plus Kelantanese. Hmm .. I bit kepoh. Hahahahaha. My hobby is listening music and online. I'm also a fan of k-pop.
* find your name below.
I love them ..
Eqah, Anne, Dayah M, Dayah R, Hajar, Maisarah, Nik, Wani, Ain, Alya, Aida,
Ariena, Nini, Sis Qielah, Fazreen, Izzuddin Anddddd My PARADISE!
Ziha, Haziqa, Mai, Eika, Nabila, Sue, Diamond, and Nazuu
Wishing Upon The Star
Wish me luck for SPM 2014. HAHAHAHAHA

OLD / NEW